Tips Merancang Perkahwinan



Apakan daya tajuk di atas menyebabkan aku terasa melekat di dunia blog ini.
Bukan hebat, megah, atau apa pun. Sekadar berkongsi pengalaman, keseronokan, dan keletihan sepanjang merancang perkahwinan kami.

Berikut adalah tipsnya:-

1. Bajet
- setiap pasangan pengantin mestilah tahu berapakah bajet yang mampu dikeluarkan oleh masing-masing untuk majlis perkahwinan.
-kalau bajet besar, bolehlah buat majlis macam ni:-


ambik ko...ala2 artis gitu. nak buat kat mana tak kisah la...

tapi, kalau agak-agak bajet sikit, buat simple pun jadi la.

2. Pencarian "wedding planner" atau pakej kahwin yang sesuai

- Pastikan apa yang anda inginkan di waktu majlis perkahwinan anda.
- Terus sahaja tentukan warna tema, konsep perkahwinan, jurumekap, jurugambar...bagai semua la.
- Ingat ya...(wah,dah macam cikgu tadika pulak...), betul-betul kena survey sebab kahwin hanya sekali.



- Jangan muka korang jadi macam ni sudah lar....haha


...aaaarghhhhh!! xsanggup mak tau!! yuk!!!!


oleh itu, berhati-hati lah ya...kahwin hanyalah sekali. So, jangan sia-siakan saat-saat bahagia anda...

3. Jemputan & Kad Kahwin

- Sila pastikan betul-betul jumlah jemputan yang ingin dijemput. Ini bagi mengelakkan makanan tak cukup atau berlebihan..
- Bagi memudahkan kerja, senaraikan nama tetamu yang ingin dijemput.
- Dalam hal ini, berundinglah dengan keluarga masing-masing.

4. Tempahan Jamuan Makan

- Setelah memastikan senarai jemputan, tempahan makanan untuk jamuan bolehlah dibuat.
- Hati-hati semasa memilih "caterer" dan jangan segan-segan untuk "demand" kerana ia adalah hari bahagia anda, dan "caterer" itu berbayara,ok????
- Pastikan semua lauk-pauk untuk pengantin juga dihidangkan, termasuklah hiasan khemah.
- Kebiasaannya, khemah pengantin sahaja yang tidak dihias oleh "caterer" dan wedding planner yang akan hiaskan.

5. Kanopi

- Yang ini pun kena tengok bajet jugak la. Kalau nak cantik, selesa, boleh pakai khemah "dome"@ half-moon. Tp, agak mahal.
- Pilihan saya adalah "Arabic" canopy...harga juga memuaskan.

Rasanya cukup la setakat hari ini. Nanti saya ceritakan macam mana nak hadiri kursus kahwin, mencari kadi yang sesuai....dan bagai lagi lah....

Chow!!!!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Tips Merancang Perkahwinan"

  1. Iz says:
    January 29, 2010 at 2:05 PM

    kalau aku amik caterer, aku nak check sekali sape staf dia yang akan datang utk wedding tu boleh tak? aku nak yang cute2 ngan hensem2 je, hehe

  2. Unknown says:
    December 23, 2010 at 11:17 AM

    hii dear, ada contoh khemah half moon x? anzcis@yahoo.com