ALHAMDULILLAH.....SYUKUR!!!

Rasa keinsafan diri yang sangat tinggi tatkala mendengar rancangan Halaqah yang ditayangkan di TV9 setiap Rabu, jam 10 mlm. Aku terasa sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana ditemukan dengan seorang lelaki yang sangat penyayang.

Sangat bersyukur dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang sangat mengambil berat akan diri ini. Memang benar di dalam dunia ini harta adalah sangat penting. Tetapi, walau sehebat mana harta yang kita ada, kalau diri tidak bersyukur, kebahagiaan rumahtangga dan keluarga pastinya akan runtuh.

Harta bukanlah segala-galanya. Harta hanyalah satu bonus yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambanya yang terpilih. Ada manusia yang hidupnya sangat bertuah sehinggakan apa yang diminta pastinya dapat. Namun, ada sesetengah manusia yang terpaksa membanting tulang demi mendapatkan sesuap nasi.

Ramai manusia inginkan kesenangan hidup suatu hari nanti. Tidak salah berangan tapi perlu diingatkan ianya haruslah terbatas dan tidak terlalu dibawa-bawa hinggakan boleh mendatangkan masalah kepada sesuatu hubungan.

Allah itu Maha Besar....Allah akan sentiasa membantu insane yang sentiasa bersyukur. Oleh itu, jauhilah perkara mementingkan material semata-mata kerana semuanya hanya sementara. Apa yg penting, berusaha dan berdoa serta yakin kepada Allah kerana diri-Nya Maha Menentukan.

Renung2kanlah.........!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS