SMS Palsu....@ SMS Hantu?

Amboi3x....dunia sekarang ni bukan main lagi. Semua org pon nak jadi jahat.
Bukan susah pon sebenarnya jadi jahat. Macam-macam cara boleh digunakan. Bebaru ni kesian dekat saya. Bangun pagi di hujung minggu kemudian telah menerima sms berbaur lucah. Apekah???

Diringkaskan sms itu berbunyi begini;

"........nak cuba ubat kuat untuk org lelaki? kalau nk silalah call Abg Jo...."

Apekah yg bermain di fikiran org yg mengantor sms nih? Samada nk berlucah dgn aku atau
nk curik kredit aku..Bodoh betulla. Ada lg 1 sms lg best tp dh delete. So, dikecikkan penceritaannya;

".....Ayah ada dekat Balai Polis ni. ayah kena thn. kredit xde nk col. boleh tak tlg topupkan rm30 untuk ayah. Jgn col ayah tau...Penting ni. Topup je sekarang..."

Aduhhhh!!!ni lagi 1 masalah negara. Nyata2nya ko bukan ayah aku. Cr sms pon lain. Apetah lg ayah aku pakai "line"!!! Cubalah realistik sket. nk menipu pon agak2 la...

Tp manusia skrg mmgla jahat. mcm2 cara dibuatnya. xmunasabahan langsung. Moralnya, berhati2lah dengan manusia zaman skrg. Kadang-kadang tu, xleh baik sgt. Nk tlg org pon ssh skrg ni. Buatnye org tu menyamar ke..? x ke haru?

Sekian....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Alamak!!! Silap org daaaaa...

Salam 1Malaysia kpd semua...

Agak lame tidak mengupdate blog ini.

Alkisahnya cerita ini bermula di satu laman web yg sgt digemari ramai spt biskut balak dicecah dlm air kopi panas.....Yummmy!!!sgt sedap.. Tapi, cerita ini sikit pon xde kena-mengena dgn biskut atau balak, atau kopi ke ape.. Tapi waktu cerita ni ditulis mmg cuaca agak panas.

Ok...jgn merapik di sini...teruskan penceritaan. Pernah x korg terchatting...or terckp telefon dgn slh org tanpa disedari???? Ok.....jwb dlm hati je sbb kalau ckp pon xdgr...Kisahnye, aku byk kali jgkla bersembang dgn kwn di laman web ni. Dh borak beria2 rupenye terslh org....kesnya sbb nama same...

Tak ke menjadi malu di situ?? Baru ni pon ade...tp nasib baik tersedar lbh awal..lepas tu matikan terus perbualan..Hahahhaaaaa.....Kalau dlm fon lg best....konon nk ngorat2...padahal laki aku kt sblh je,ok??? (dan mulai menjeling..)

Tp nasib baiklah semuanya itu berakhir di situ je. Kalaulah meleret2...susah jgk...Dlu pun mase bujang penah jwb satu col di mlm hari....ingtkan member baik kol sbb suara dan nama adalah sama.... Rupanya lelaki gila seks...Takot mak!!!!!

p/s: Nasib baiklah xnmpk muke mase berckp...kalo x, malu tau nyah...Huhuhu...renung2kan.. :)
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Nak berenti ke taknak???

Hahahhaaaa.......gulp!!!!

Sgt xsopan kalau pompuan ketawa berdekah-dekah sambil menulis blog. (Sikit pun xde kena-mengena dgn tajuk post nie).

Baiklah!! Berjalan ala-ala gaya Sin Chan sambil berfikir tentang apa yg hendak ditulis di dlm blog hari ni. Takde apa yg special sebenarnya..just nak share something bout my fren, H dan kalau sape2 yg nak kasik komen pon lg baik.

Arakian, dalam 2minggu yg lps, aku, N, & N adalah ketemu sama si H ni. Then, xtvt menjamu selera plus gossip sket adelah jgk. Kisahnya bermulalah dgn si H yg tlh mengadu domba mengenai masalah kesihatan yg dia alami skrg ni. Bendanya tidak serius cumanya H ade tanye kitorg patutkah dia berhenti kerja.

ALASAN????- sakit belakang, lbh kurang cmtu la. Pastu kitorg pun memulakanlah aksi serta gaya 3 org wanita di atas yg sdg memberikan kata-kata perangsang. H kata lately ni dia mengalami skt belakang yg amat sgt sehinggakan akibat mengangkat brg2 berat. So, dia merasakan kerjaan dia skrg ni agak membebankan dia physically, mentally tu aku xsure. Now, dia berbelah bahagi samada nk berenti kerja atau x?

Akan tetapi, baru semalam H call aku dan bgtau yg majikan dia suh amik cuti dlm sebulan tanpa gaji. After that, bolehlah sambung keje semula dan kalau perlu tukar department pon lg baik. So, sebagai penasihat berjaya dan penyimpan rahsia yg paling byk (bak kata Isma,k...), aku pon katelah:-

"...aku rs lebih elok berehat dulu dan dptkan treatment yg sesuai...yelah dh alang2 majikan ko baik hati nk bg cuti sebulan.,kn? Dlm tempoh sebulan tu carilah kerja lain..."

Ewah2...lagak spt penasihat berjaya di situ. Lagipun, kalau dh hujung2 thn ni pyhla org nk amek pekerja lg.....kan???Ape2pun, aku dan rakan2 lain hanyalah sekadar mampu mendengar dan menasihati apa yg ptt. Segalanya ttg masa depan diri empunya diri.




p/s: Aku pon takut jgk skrg ni kalo mude2 dh dpt sakit.....mtk dijauhkanla.....aku doakan yg terbaik buat teman baikku itu... =)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kenduri Kawen

20.10.2010 - Cantik,kan nombor ni??? Begitulah juga harinya yang kurasakan sangat bahagia. Pejam celik, pejam celik rupanya dah lebih 10 bulan aku mendirikan rumahtangga bersama suami tersayang.

Teringat juga 10 bulan yg lalu di mana kami bertungkus-lumus membuat persiapan kahwin. Teringat juga detik-detik manis saat kami berkenalan.. Kadang-kadang tu tergelak pun ada. Pastinya tarikh ini menjadi idaman setiap insan yang bakal bergelar Raja Sehari.

Apapun for Malaysian Celebrities, date tu dh pun menjadi kepunyaan Angkasawan Malaysia (mls tulis namenye kt cni sbb pjg sgt)....apekah pendapat korg tentang perkahwinan tu. Sponsorship tu mmg xleh lawanlah kan. Punyalah seronok jadi selebriti. xpyh susah2 mcm org biase ni. nak kene korek tabung, keluarkan segala simpanan (tu pon kalau cukup). xcukup lg??? Pergi pulak wat pinjaman kat Bank....jgn Ah Long sudahla....

Ape2 pon, pesanan aku aku kat sini (wah..dh mcm mak nenek..), rancanglah sebaik mungkin supaya anda semua dpt berjimat selagi boleh. Dah nak balik keje nih....excited dgn wajah baru my blog ni (TQ Isma...)...so, pasni aku akan rajin2lah membebel di sini.

BYE!!







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Merdekakah KITA????

Salam Merdeka.....

Diharapkan masih boleh diri ini mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana pun anda berada. Wahhhhh!!!! tetiba rasa sangat terharu kerana berjaya hidup selama 27 tahun di bumi yang penuh kemerdekaan ini.

Setiap tahun orang melaungkan MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!! pada tanggal 31 Ogos. Tapi, tahukah anda apakah erti kemerdekaan yang sebenar? Bukan pada sekuat mana laungan anda....bukan pada sehebat mana anda menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan, dan juga bukan pada sebanyak mana masa anda dihabiskan untuk melihat konsert2 merdeka pada malam merdeka itu.

Kalaulah anak bangsa kita pada zaman ini berada di zaman negara kita mula-mula hendak mencapai kemerdekaan, pastinya mereka semua lebih sayangkan nyawa sendiri, tiada lagi mat rempit, gejala sosial, tiada lagi konsert atau kelab-kelab......Kalaulah.....

Sepatutnya kita perlu merasa lebih ebrsyukur, menjauhi gejala-gejala yg tidak elok, cuba memajukan diri sendiri agar lebih berjaya dan berguna di masa depan....Itu yg dinamakan merdeka.

Untuk itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka dan semoga negara kita terus maju dan dihindari daripada perkara-perkara yang sia-sia di samping rakyatnya yang lebih bermoral....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Adakah perempuan yang suka bola berpotensi untuk menjadi tua dengan lebih cepat???

Salam....,

First of all, kenapakah tajuk post hari ni agak mengelirukan???
Adakah kerana sudah merasakan diri ini menjadi semakin berusia???
Aaaaarghhhhh....tidakkkkkk!! ayat berusia tu tidak sesuai untuk akak,k?
hehehee...

oh,ya....sebelum tujuan asal saya menulis pada hari ni terganggu dek
kata-kata mengarut tu, adalah sgt baik saya lebih fokus kepada apa yang hendak disampaikan di sini.

Arakian, ceritanya adalah begini,ya...Kenapakah saya mengeluarkan soalan sedemkian rupa?
Terang-terang kita sedia maklum bahawa waktu tibanya musim bola sepak, ramilah
rakyat-rakyat Malaysia ni kekurangan tidur.

Dipendekkan cerita, saya seorang perempuan yang sangat suka menonton sukan bolasepak khususnya apabila ada pertandingan besar2 seperti Piala Dunia, Piala Eropah....ataupun yang
sewaktu dengannya. Tetapi, pagi tadi saya mulai menjadi risau. Kenapakah???

Yelar, bukankah orang perempuan yang selalu tidur awal berpotensi awet muda?? jadi, apabila saya yang dahulunya selalu tidur awal, bertukar menjadi tidur lewat oleh kerana menonton bola,
jadi, ADAKAH SAYA BERPOTENSI MENJADI TUA DGN LBH CEPAT????OOOHHH...TIDAAKKKKKK!!!!!

Harap-harap tidaklah, ye?????daaaaaa






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ALHAMDULILLAH.....SYUKUR!!!

Rasa keinsafan diri yang sangat tinggi tatkala mendengar rancangan Halaqah yang ditayangkan di TV9 setiap Rabu, jam 10 mlm. Aku terasa sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana ditemukan dengan seorang lelaki yang sangat penyayang.

Sangat bersyukur dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang sangat mengambil berat akan diri ini. Memang benar di dalam dunia ini harta adalah sangat penting. Tetapi, walau sehebat mana harta yang kita ada, kalau diri tidak bersyukur, kebahagiaan rumahtangga dan keluarga pastinya akan runtuh.

Harta bukanlah segala-galanya. Harta hanyalah satu bonus yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambanya yang terpilih. Ada manusia yang hidupnya sangat bertuah sehinggakan apa yang diminta pastinya dapat. Namun, ada sesetengah manusia yang terpaksa membanting tulang demi mendapatkan sesuap nasi.

Ramai manusia inginkan kesenangan hidup suatu hari nanti. Tidak salah berangan tapi perlu diingatkan ianya haruslah terbatas dan tidak terlalu dibawa-bawa hinggakan boleh mendatangkan masalah kepada sesuatu hubungan.

Allah itu Maha Besar....Allah akan sentiasa membantu insane yang sentiasa bersyukur. Oleh itu, jauhilah perkara mementingkan material semata-mata kerana semuanya hanya sementara. Apa yg penting, berusaha dan berdoa serta yakin kepada Allah kerana diri-Nya Maha Menentukan.

Renung2kanlah.........!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kaki Lima @ Tangan Lima????

Hai....

Just to share with everyone. Bukanlah nak marah ke apa ke..ini semuanya kes di jln raya.
Padahalnya diri sendiri payah nak bangun awal untuk pergi kerja. Pastu nak marah org lain
la pulak....

Bukannya apa, kepada pemandu-pemandu yg rasa dirinya nak makan angin di pg hari, silalah ikut lorong sebelah kiri. Apa gunanya jalanraya di seluruh Malaysia ni dibesarkan kalau "korang" tak pandai nak gunakan dengan betul?

Memanglah hadlaju tu ada tapinya di waktu-waktu puncak ni, tak digunapakai jugak. Tak mintak banyak pun, sikit timbang rasa je pun cukuplah. Dah termaktub pun laluan kiri adalah untuk pemanduan yang perlahan. Itu takpelah lagi. Kadang-kadang tu si pemandu dh hon berpuluh kali, kasi "high beam" seme lagi. Tapi, tak juga reti2....

Okay, isu jalan raya dikurangkan. Setiap pagi saya seakan-akan ingin mengamuk tetapi nasib baik tahap kesabaran masih meninggi. hehehe.....Bukannya apa, bekerja di dalam sebuah IPTcukup menguji kita. Pagi-pagi hari lagi rasa cam nak menengking. Aduh.....tolonglah wahai "student" sekalian. Silalah jadi pelajar yang berdisiplin sikit.

Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri sewaktu anda berjalan di atas jalan raya. Ini tidak, setiap pagi keluar dari hostel, mesti semuanya macam kambing yang dilepaskan dari kandang. Hello, saya juga pernah menjadi "student" dan tidak pernahla berjalan di atas jalan raya sewenang-wenangnya. Sudah tu, korang punya IPT dah sediakan kaki lima untuk pejalan-pejalan kaki. So, gunakanlah!!!! Janganlah jalan di tengah-tengah laluan kereta dengan keadaan tak bersalah sambil bergurau senda seolah-olah nyawa tu tidak berharga...Huh!!!!!

Tolonglah gunakan kaki lima yang disediakan. Jadilah pelajar yang bertimbang rasa. Kalau tak, ada jugak aku kasik "Tangan yang berjari Lima" ni atas muka sorang2 karang. Adoi.....

Renung-renungkanlah.....Tata...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jangan TIKAM belakang!!!!!!

Hye,

First entry untuk minggu ni. Kenapa saya post macam tu tajuknya? Selalunya JANGAN PANDANG BELAKANG.....tapi kali ini nak "share" cerita dengan teman-teman yang sudi membaca blog ini. Bukannya apa, perkongsian yang semacam inilah dapat mengurangkan ketegangan setiap individu di tempat kerja.

Kadang-kadang itu, bukan niat pun untuk meburukkan sesiapa. Tapi, sekadar luahan rasa dan berkongsi cerita dengan yang pernah melalui benda yang sama ataupun hampir sama. Hahahaaa....

Arakian adalah seorang hamba Allah ini yang suka mencampuri urusan kerja orang lain. Sewajarnya bagi setiap orang, mereka ada hak untuk bekerja dengan cara yang tersendiri asalkan ianya tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain mahupun unitnya. Seharusnya juga setiap orang itu mempunyai sifat hormat-menghormati di kalangan rakan sekerjanya supaya tidak berlakulah salah faham, masam muka, dengki-mendengki di tempat kerja.

Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati biarlah jasa baik itu ditinggalkan. Betul tak? Tapi ada orang yang kita sendiri tidak tahu apa puncanya sebab suka sangat ambil tahu hal orang lain.

Cuba bayangkan kalau di tempat kerja anda, ada seorang pekerja yang bersifat demikian. Pada pendapat saya tidak salah kita menegur sesama kita. Tapi, biarlah kena caranya. Pernah orang ini memberi teguran yang saya kira agak kasar dan tidak wajar sehingga boleh menjejaskan reputasi kerja orang lain dan juga paling teruk mengakibatkan pekerja itu tidak disahkan jawatan mahupun dibuang kerja.

Tidak perlulah menghasut pegawai itu untuk memberikan markah sikit kepada stafnya. "Hello, staf itu adalah staf saya, membuat kerja yang diarahkan oleh saya, dan saya berhak memberi markah berapa sahaja,ok??? Tolonglah, janganla mendengki. Awak dah pun menegur orang itu (dahla tanpa memandang mukanya dan terus blah!!!) Apakah itu cara yang betul?

Mungkin orang tersebut tak belajar komunikasi kot. Dan, yang bagusnya TIADA ADAB!!!! Tambah lagi, pergi mengadu kat bos atas pulak. Bos atas pun macam lalang, tak berani nak panggil staf yang bersalah untuk tegur ke apa ke.

Macam ni lah, kita adalah manusia, bukan binatang. Setiap orang melakukan kesilapan dan wajar diberi peluang untuk dibaiki. But please...please...please........belajarlah untuk berkomunikasi dengan baik even sedang marah.

Kepada orang yang berperangai macam ni, kalau staf bawahan anda atau sesiapa sahaja yang anda rasakan tidak betul, tegurlah dahulu elok-elok. Janganlah nak cakap atau tikam orang tu dari belakang,ok?Chow!!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tips Merancang Perkahwinan



Apakan daya tajuk di atas menyebabkan aku terasa melekat di dunia blog ini.
Bukan hebat, megah, atau apa pun. Sekadar berkongsi pengalaman, keseronokan, dan keletihan sepanjang merancang perkahwinan kami.

Berikut adalah tipsnya:-

1. Bajet
- setiap pasangan pengantin mestilah tahu berapakah bajet yang mampu dikeluarkan oleh masing-masing untuk majlis perkahwinan.
-kalau bajet besar, bolehlah buat majlis macam ni:-


ambik ko...ala2 artis gitu. nak buat kat mana tak kisah la...

tapi, kalau agak-agak bajet sikit, buat simple pun jadi la.

2. Pencarian "wedding planner" atau pakej kahwin yang sesuai

- Pastikan apa yang anda inginkan di waktu majlis perkahwinan anda.
- Terus sahaja tentukan warna tema, konsep perkahwinan, jurumekap, jurugambar...bagai semua la.
- Ingat ya...(wah,dah macam cikgu tadika pulak...), betul-betul kena survey sebab kahwin hanya sekali.



- Jangan muka korang jadi macam ni sudah lar....haha


...aaaarghhhhh!! xsanggup mak tau!! yuk!!!!


oleh itu, berhati-hati lah ya...kahwin hanyalah sekali. So, jangan sia-siakan saat-saat bahagia anda...

3. Jemputan & Kad Kahwin

- Sila pastikan betul-betul jumlah jemputan yang ingin dijemput. Ini bagi mengelakkan makanan tak cukup atau berlebihan..
- Bagi memudahkan kerja, senaraikan nama tetamu yang ingin dijemput.
- Dalam hal ini, berundinglah dengan keluarga masing-masing.

4. Tempahan Jamuan Makan

- Setelah memastikan senarai jemputan, tempahan makanan untuk jamuan bolehlah dibuat.
- Hati-hati semasa memilih "caterer" dan jangan segan-segan untuk "demand" kerana ia adalah hari bahagia anda, dan "caterer" itu berbayara,ok????
- Pastikan semua lauk-pauk untuk pengantin juga dihidangkan, termasuklah hiasan khemah.
- Kebiasaannya, khemah pengantin sahaja yang tidak dihias oleh "caterer" dan wedding planner yang akan hiaskan.

5. Kanopi

- Yang ini pun kena tengok bajet jugak la. Kalau nak cantik, selesa, boleh pakai khemah "dome"@ half-moon. Tp, agak mahal.
- Pilihan saya adalah "Arabic" canopy...harga juga memuaskan.

Rasanya cukup la setakat hari ini. Nanti saya ceritakan macam mana nak hadiri kursus kahwin, mencari kadi yang sesuai....dan bagai lagi lah....

Chow!!!!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My New Life.....2010 (",)



Assalamualaikum.....,

Slmt bertemu kembali di tahun 2010 yang penuh bermakna ini. Kenapakah aku berkata demikian.Dan, ptt ke nk start writing my blog cmni. Agak sopan tp ok la.....

Dipendekkan cerita, aku mmg dh sgt2 lame x menulis dan hopefully sekiranya ada bahasa2 yg tidak paham @ agak kasar bolehl ar tlg tegur2kan. Bak kat
a "bos besar" di tapak aku bekerja skrg ni.hehehe.......

Dalam episod 1 (amboii, kau ingat nak buat drama bersiri kisah polis berjalan sambil bercakap-cakap ke kat page ni...?) takde siapa nak bacalah.. Alhamdulillah.,Syukur ke hadrat Illahi kerana pada 11 Dis 2009 yang lalu, aku dan suami selamat diijabkabulkan dan Majlis Kenduri turut diadakan pada 12 Disember 2009, juga keesokan harinya.

Okay, boleh scroll di bawah sekiranya ingin menatap wajah kami ye!!!yayyy!!


Nasri + Norul




me


Sebenarnya memang banyak benda nak share dengan pembaca (ada ke...?) Takpe, after this, i akan upload cerita-cerita yang "best" and...maybe helpful untuk bakal Raja Sehari untuk mempersiapkan diri sebelum Hari Bahagia..... (^_^)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS