Kaki Lima @ Tangan Lima????

Hai....

Just to share with everyone. Bukanlah nak marah ke apa ke..ini semuanya kes di jln raya.
Padahalnya diri sendiri payah nak bangun awal untuk pergi kerja. Pastu nak marah org lain
la pulak....

Bukannya apa, kepada pemandu-pemandu yg rasa dirinya nak makan angin di pg hari, silalah ikut lorong sebelah kiri. Apa gunanya jalanraya di seluruh Malaysia ni dibesarkan kalau "korang" tak pandai nak gunakan dengan betul?

Memanglah hadlaju tu ada tapinya di waktu-waktu puncak ni, tak digunapakai jugak. Tak mintak banyak pun, sikit timbang rasa je pun cukuplah. Dah termaktub pun laluan kiri adalah untuk pemanduan yang perlahan. Itu takpelah lagi. Kadang-kadang tu si pemandu dh hon berpuluh kali, kasi "high beam" seme lagi. Tapi, tak juga reti2....

Okay, isu jalan raya dikurangkan. Setiap pagi saya seakan-akan ingin mengamuk tetapi nasib baik tahap kesabaran masih meninggi. hehehe.....Bukannya apa, bekerja di dalam sebuah IPTcukup menguji kita. Pagi-pagi hari lagi rasa cam nak menengking. Aduh.....tolonglah wahai "student" sekalian. Silalah jadi pelajar yang berdisiplin sikit.

Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri sewaktu anda berjalan di atas jalan raya. Ini tidak, setiap pagi keluar dari hostel, mesti semuanya macam kambing yang dilepaskan dari kandang. Hello, saya juga pernah menjadi "student" dan tidak pernahla berjalan di atas jalan raya sewenang-wenangnya. Sudah tu, korang punya IPT dah sediakan kaki lima untuk pejalan-pejalan kaki. So, gunakanlah!!!! Janganlah jalan di tengah-tengah laluan kereta dengan keadaan tak bersalah sambil bergurau senda seolah-olah nyawa tu tidak berharga...Huh!!!!!

Tolonglah gunakan kaki lima yang disediakan. Jadilah pelajar yang bertimbang rasa. Kalau tak, ada jugak aku kasik "Tangan yang berjari Lima" ni atas muka sorang2 karang. Adoi.....

Renung-renungkanlah.....Tata...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jangan TIKAM belakang!!!!!!

Hye,

First entry untuk minggu ni. Kenapa saya post macam tu tajuknya? Selalunya JANGAN PANDANG BELAKANG.....tapi kali ini nak "share" cerita dengan teman-teman yang sudi membaca blog ini. Bukannya apa, perkongsian yang semacam inilah dapat mengurangkan ketegangan setiap individu di tempat kerja.

Kadang-kadang itu, bukan niat pun untuk meburukkan sesiapa. Tapi, sekadar luahan rasa dan berkongsi cerita dengan yang pernah melalui benda yang sama ataupun hampir sama. Hahahaaa....

Arakian adalah seorang hamba Allah ini yang suka mencampuri urusan kerja orang lain. Sewajarnya bagi setiap orang, mereka ada hak untuk bekerja dengan cara yang tersendiri asalkan ianya tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain mahupun unitnya. Seharusnya juga setiap orang itu mempunyai sifat hormat-menghormati di kalangan rakan sekerjanya supaya tidak berlakulah salah faham, masam muka, dengki-mendengki di tempat kerja.

Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati biarlah jasa baik itu ditinggalkan. Betul tak? Tapi ada orang yang kita sendiri tidak tahu apa puncanya sebab suka sangat ambil tahu hal orang lain.

Cuba bayangkan kalau di tempat kerja anda, ada seorang pekerja yang bersifat demikian. Pada pendapat saya tidak salah kita menegur sesama kita. Tapi, biarlah kena caranya. Pernah orang ini memberi teguran yang saya kira agak kasar dan tidak wajar sehingga boleh menjejaskan reputasi kerja orang lain dan juga paling teruk mengakibatkan pekerja itu tidak disahkan jawatan mahupun dibuang kerja.

Tidak perlulah menghasut pegawai itu untuk memberikan markah sikit kepada stafnya. "Hello, staf itu adalah staf saya, membuat kerja yang diarahkan oleh saya, dan saya berhak memberi markah berapa sahaja,ok??? Tolonglah, janganla mendengki. Awak dah pun menegur orang itu (dahla tanpa memandang mukanya dan terus blah!!!) Apakah itu cara yang betul?

Mungkin orang tersebut tak belajar komunikasi kot. Dan, yang bagusnya TIADA ADAB!!!! Tambah lagi, pergi mengadu kat bos atas pulak. Bos atas pun macam lalang, tak berani nak panggil staf yang bersalah untuk tegur ke apa ke.

Macam ni lah, kita adalah manusia, bukan binatang. Setiap orang melakukan kesilapan dan wajar diberi peluang untuk dibaiki. But please...please...please........belajarlah untuk berkomunikasi dengan baik even sedang marah.

Kepada orang yang berperangai macam ni, kalau staf bawahan anda atau sesiapa sahaja yang anda rasakan tidak betul, tegurlah dahulu elok-elok. Janganlah nak cakap atau tikam orang tu dari belakang,ok?Chow!!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tips Merancang Perkahwinan



Apakan daya tajuk di atas menyebabkan aku terasa melekat di dunia blog ini.
Bukan hebat, megah, atau apa pun. Sekadar berkongsi pengalaman, keseronokan, dan keletihan sepanjang merancang perkahwinan kami.

Berikut adalah tipsnya:-

1. Bajet
- setiap pasangan pengantin mestilah tahu berapakah bajet yang mampu dikeluarkan oleh masing-masing untuk majlis perkahwinan.
-kalau bajet besar, bolehlah buat majlis macam ni:-


ambik ko...ala2 artis gitu. nak buat kat mana tak kisah la...

tapi, kalau agak-agak bajet sikit, buat simple pun jadi la.

2. Pencarian "wedding planner" atau pakej kahwin yang sesuai

- Pastikan apa yang anda inginkan di waktu majlis perkahwinan anda.
- Terus sahaja tentukan warna tema, konsep perkahwinan, jurumekap, jurugambar...bagai semua la.
- Ingat ya...(wah,dah macam cikgu tadika pulak...), betul-betul kena survey sebab kahwin hanya sekali.



- Jangan muka korang jadi macam ni sudah lar....haha


...aaaarghhhhh!! xsanggup mak tau!! yuk!!!!


oleh itu, berhati-hati lah ya...kahwin hanyalah sekali. So, jangan sia-siakan saat-saat bahagia anda...

3. Jemputan & Kad Kahwin

- Sila pastikan betul-betul jumlah jemputan yang ingin dijemput. Ini bagi mengelakkan makanan tak cukup atau berlebihan..
- Bagi memudahkan kerja, senaraikan nama tetamu yang ingin dijemput.
- Dalam hal ini, berundinglah dengan keluarga masing-masing.

4. Tempahan Jamuan Makan

- Setelah memastikan senarai jemputan, tempahan makanan untuk jamuan bolehlah dibuat.
- Hati-hati semasa memilih "caterer" dan jangan segan-segan untuk "demand" kerana ia adalah hari bahagia anda, dan "caterer" itu berbayara,ok????
- Pastikan semua lauk-pauk untuk pengantin juga dihidangkan, termasuklah hiasan khemah.
- Kebiasaannya, khemah pengantin sahaja yang tidak dihias oleh "caterer" dan wedding planner yang akan hiaskan.

5. Kanopi

- Yang ini pun kena tengok bajet jugak la. Kalau nak cantik, selesa, boleh pakai khemah "dome"@ half-moon. Tp, agak mahal.
- Pilihan saya adalah "Arabic" canopy...harga juga memuaskan.

Rasanya cukup la setakat hari ini. Nanti saya ceritakan macam mana nak hadiri kursus kahwin, mencari kadi yang sesuai....dan bagai lagi lah....

Chow!!!!!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

My New Life.....2010 (",)



Assalamualaikum.....,

Slmt bertemu kembali di tahun 2010 yang penuh bermakna ini. Kenapakah aku berkata demikian.Dan, ptt ke nk start writing my blog cmni. Agak sopan tp ok la.....

Dipendekkan cerita, aku mmg dh sgt2 lame x menulis dan hopefully sekiranya ada bahasa2 yg tidak paham @ agak kasar bolehl ar tlg tegur2kan. Bak kat
a "bos besar" di tapak aku bekerja skrg ni.hehehe.......

Dalam episod 1 (amboii, kau ingat nak buat drama bersiri kisah polis berjalan sambil bercakap-cakap ke kat page ni...?) takde siapa nak bacalah.. Alhamdulillah.,Syukur ke hadrat Illahi kerana pada 11 Dis 2009 yang lalu, aku dan suami selamat diijabkabulkan dan Majlis Kenduri turut diadakan pada 12 Disember 2009, juga keesokan harinya.

Okay, boleh scroll di bawah sekiranya ingin menatap wajah kami ye!!!yayyy!!


Nasri + Norul




me


Sebenarnya memang banyak benda nak share dengan pembaca (ada ke...?) Takpe, after this, i akan upload cerita-cerita yang "best" and...maybe helpful untuk bakal Raja Sehari untuk mempersiapkan diri sebelum Hari Bahagia..... (^_^)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS