Jangan TIKAM belakang!!!!!!

Hye,

First entry untuk minggu ni. Kenapa saya post macam tu tajuknya? Selalunya JANGAN PANDANG BELAKANG.....tapi kali ini nak "share" cerita dengan teman-teman yang sudi membaca blog ini. Bukannya apa, perkongsian yang semacam inilah dapat mengurangkan ketegangan setiap individu di tempat kerja.

Kadang-kadang itu, bukan niat pun untuk meburukkan sesiapa. Tapi, sekadar luahan rasa dan berkongsi cerita dengan yang pernah melalui benda yang sama ataupun hampir sama. Hahahaaa....

Arakian adalah seorang hamba Allah ini yang suka mencampuri urusan kerja orang lain. Sewajarnya bagi setiap orang, mereka ada hak untuk bekerja dengan cara yang tersendiri asalkan ianya tidak mendatangkan keburukan kepada orang lain mahupun unitnya. Seharusnya juga setiap orang itu mempunyai sifat hormat-menghormati di kalangan rakan sekerjanya supaya tidak berlakulah salah faham, masam muka, dengki-mendengki di tempat kerja.

Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati biarlah jasa baik itu ditinggalkan. Betul tak? Tapi ada orang yang kita sendiri tidak tahu apa puncanya sebab suka sangat ambil tahu hal orang lain.

Cuba bayangkan kalau di tempat kerja anda, ada seorang pekerja yang bersifat demikian. Pada pendapat saya tidak salah kita menegur sesama kita. Tapi, biarlah kena caranya. Pernah orang ini memberi teguran yang saya kira agak kasar dan tidak wajar sehingga boleh menjejaskan reputasi kerja orang lain dan juga paling teruk mengakibatkan pekerja itu tidak disahkan jawatan mahupun dibuang kerja.

Tidak perlulah menghasut pegawai itu untuk memberikan markah sikit kepada stafnya. "Hello, staf itu adalah staf saya, membuat kerja yang diarahkan oleh saya, dan saya berhak memberi markah berapa sahaja,ok??? Tolonglah, janganla mendengki. Awak dah pun menegur orang itu (dahla tanpa memandang mukanya dan terus blah!!!) Apakah itu cara yang betul?

Mungkin orang tersebut tak belajar komunikasi kot. Dan, yang bagusnya TIADA ADAB!!!! Tambah lagi, pergi mengadu kat bos atas pulak. Bos atas pun macam lalang, tak berani nak panggil staf yang bersalah untuk tegur ke apa ke.

Macam ni lah, kita adalah manusia, bukan binatang. Setiap orang melakukan kesilapan dan wajar diberi peluang untuk dibaiki. But please...please...please........belajarlah untuk berkomunikasi dengan baik even sedang marah.

Kepada orang yang berperangai macam ni, kalau staf bawahan anda atau sesiapa sahaja yang anda rasakan tidak betul, tegurlah dahulu elok-elok. Janganlah nak cakap atau tikam orang tu dari belakang,ok?Chow!!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Jangan TIKAM belakang!!!!!!"

  1. aidan Says:
    January 19, 2010 at 1:29 PM

    marah sungguh lagaknya...bahasa yg anda gunakan juga bagus..gaya penulisan anda sungguh membuatkan saya terasa seperti sedang membaca karangan SPM. walau bagaimanapun, pada pendapat saya orang-orang seperti yang anda katakan itu perlu diberi peringatan secara lisan supaya dia sedar yang dia juga tidaklah sesempurna mana...sekian.

  2. Iz says:
    January 29, 2010 at 2:03 PM

    please please please.. kamu jangan nakal.. hehehehe