Merdekakah KITA????

Salam Merdeka.....

Diharapkan masih boleh diri ini mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana pun anda berada. Wahhhhh!!!! tetiba rasa sangat terharu kerana berjaya hidup selama 27 tahun di bumi yang penuh kemerdekaan ini.

Setiap tahun orang melaungkan MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!MERDEKA!!!!! pada tanggal 31 Ogos. Tapi, tahukah anda apakah erti kemerdekaan yang sebenar? Bukan pada sekuat mana laungan anda....bukan pada sehebat mana anda menyanyikan lagu-lagu kemerdekaan, dan juga bukan pada sebanyak mana masa anda dihabiskan untuk melihat konsert2 merdeka pada malam merdeka itu.

Kalaulah anak bangsa kita pada zaman ini berada di zaman negara kita mula-mula hendak mencapai kemerdekaan, pastinya mereka semua lebih sayangkan nyawa sendiri, tiada lagi mat rempit, gejala sosial, tiada lagi konsert atau kelab-kelab......Kalaulah.....

Sepatutnya kita perlu merasa lebih ebrsyukur, menjauhi gejala-gejala yg tidak elok, cuba memajukan diri sendiri agar lebih berjaya dan berguna di masa depan....Itu yg dinamakan merdeka.

Untuk itu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Merdeka dan semoga negara kita terus maju dan dihindari daripada perkara-perkara yang sia-sia di samping rakyatnya yang lebih bermoral....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS