PRU-13


"Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia!!"

Tanggal 5 Mei 2013 (Ahad), akan berlangsungnya satu lagi detik bermakna di dalam sejarah Malaysia di mana Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-13 atau ringkasnya, PRU-13.

Sesungguhnya ia juga merupakan sejarah juga buat diri ini di mana buat pertama kalinya aku akan pergi mengundi. Sebelum ini, dah mendaftar tapi tak pernah pun mengundi. Hehe....Yelah, masa tu belum matang and x tahu apa-apa sangat pasal demam PRU ni kan.

But, this time InsyaAllah akan keluar mengundi. So, korang semua yang berkesempatan dan berkemampuan tu pergilah mengundi. Sekarang ni kaedah mengundi lebih ketat. Semalam tgk berita, katenye diorang akan calit dakwat kekal kat atas kuku kita. Dakwat tu seminggu jugakla nak hilang. Tapi, takpe, ulamak dah mengesahkan bahawa ianya halal dan xmenjejaskan solat kita.

Rasanya PRU kali ni memang agak sengit dengan perang bendera nya lah, ceramah sana sini, video itu ini. Habis semua keluar. Namun, jgn biarkan ketaksuban kita dlm politik menyebabkan kita lupa akan nilai-nilai modal insan, sikap saling hormat-menghormati. Ya, memang kecanggihan teknologi masa kini mengakibatkan ramai yg mengambil kesempatan dan menyalahgunakannya.

Last but not least, sedikit kata-kata drp aku yg xdelah tinggi mana ilmu sejarah ni tapi pd pendapat aku, pilihlah parti yg anda rasa layak dan mampu membangunkan negara kita tanpa menjejaskan mana-mana kaum dan ingatlah....UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!!! Hehehe....As salam....Selamat Mengundi & Selamat Bercuti!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PEREMPUAN & MINYAK WANGI


8 April 2013 (Isnin)


Wahhhh!! Lama sungguh rasanya tidak berblog. Dah bersawang blog ni. Rasanya inilah first entry aku untuk tahun 2013. Yela, sibuk aje katenye. Daaaa...tiba-tiba terlintas untuk menulis sesuatu dan ya, nak mengomel ttg perihal kecantikan wanita. Dimulakan hari ini dengan kisah Perempuan & Minyak Wangi.


Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah.


Namun begitu, janganlah melampaui batas sehingga menyebabkan kaum Adam di luar sana terhidu-hidu bau anda. Pernah satu waktu dulu ada seorang teman sepejabat suka memakai wangi-wangian sehingga kan lepas lunch hour confirm akan sembur minyak wangi. But, sometimes x perlu tunggu lunch hour pun, sedar je bau minyak wangi dah kureng, terus disembur nya. Lemas hidung ni.


Kenapa ya agaknya bila kita sebut ttg minyak wangi, selalunya dikaitkan dgn perempuan. Ya, mmg ramai jgk lelaki di luar sana yg suka pakai minyak wangi tp kalau kita tgk lelaki kat luar sana mmg kalau nk bg birthday present utk gf/wife mesti perfume antara yang ada dlm senarai teratas. Betul x?


Mengakui diri ini pun sangat sukakan perfume dan suka sgt tgk perempuan yg wangi2. Siapa xsuka,kan? Lelaki wangi apatah lagi. Opps.....hanya suami sendiri. hehe...


Namun, ada juga perempuan yg tak sukakan perfume tapi since dari zaman sekolah lg cikgu selalu ingatkan bila kita didatangi period, kenalah menjaga kebersihan diri terutamanya bau-bauan.


Sesetengah perempuan ambil mudah ttg benda-benda macam ni. Takkan bergaya atas bawah, pakai heels, peplum, handbag Gucci, naik kereta Honda bagai tp busuk???OMG!!! Haruslah pengsan kan. Kena jugak tanya teman-teman rapat kita sebenarnya, selama kita berkwn ade x bau2 yg kurang menyenangkan. X boleh malu sgt sbb biarlah malu sekarang drp malu ditegur bf/husband depa besok2. ;-)


Nak tau pasal perfume lagi atau nk bagi pendapat? Rajin2la tinggalkan komen anda. Ciao!!


p/s: “A woman who doesn't wear perfume has no future.” - Coco Chanel






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS