PRU-13


"Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia!!"

Tanggal 5 Mei 2013 (Ahad), akan berlangsungnya satu lagi detik bermakna di dalam sejarah Malaysia di mana Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-13 atau ringkasnya, PRU-13.

Sesungguhnya ia juga merupakan sejarah juga buat diri ini di mana buat pertama kalinya aku akan pergi mengundi. Sebelum ini, dah mendaftar tapi tak pernah pun mengundi. Hehe....Yelah, masa tu belum matang and x tahu apa-apa sangat pasal demam PRU ni kan.

But, this time InsyaAllah akan keluar mengundi. So, korang semua yang berkesempatan dan berkemampuan tu pergilah mengundi. Sekarang ni kaedah mengundi lebih ketat. Semalam tgk berita, katenye diorang akan calit dakwat kekal kat atas kuku kita. Dakwat tu seminggu jugakla nak hilang. Tapi, takpe, ulamak dah mengesahkan bahawa ianya halal dan xmenjejaskan solat kita.

Rasanya PRU kali ni memang agak sengit dengan perang bendera nya lah, ceramah sana sini, video itu ini. Habis semua keluar. Namun, jgn biarkan ketaksuban kita dlm politik menyebabkan kita lupa akan nilai-nilai modal insan, sikap saling hormat-menghormati. Ya, memang kecanggihan teknologi masa kini mengakibatkan ramai yg mengambil kesempatan dan menyalahgunakannya.

Last but not least, sedikit kata-kata drp aku yg xdelah tinggi mana ilmu sejarah ni tapi pd pendapat aku, pilihlah parti yg anda rasa layak dan mampu membangunkan negara kita tanpa menjejaskan mana-mana kaum dan ingatlah....UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!!! Hehehe....As salam....Selamat Mengundi & Selamat Bercuti!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "