Kau pergi jua….

17 Januari 2012

Asssalamualaikum wrh wbt.,

Rasanya masih belum terlambat rasanya saya nak mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada semua yang membaca…Terima kasih kepada yang sudi follow tu..

Alhamdulillah…di tahun baru ini, syukur yang pertama ke hadrat Illahi di atas nyawa yang dpinjamkan ini. Andai tanpa kehendak-Nya, belum tentu saya mampu mencoret di dalam blog pada waktu ini.

Tanggal 31 Januari 2011, lepas solat Asar, kami adik-beradik telah pergi melawat kubur arwah mak tersayang…pemergian yang tidak diduga seawal ini..Di saat entry ini ditulis pun rasa lemah jari-jemari menaip akan kesedihan ini.

Namun, sebagai umat Islam.., itulah qada’ dan qadar Allah Taala yg harus kita redha dan yakin kerana sudah tentunya ada hikmah di sebalik kejadian yang ditentukan-Nya. Arwah mak meninggal dunia pada 8 Januari 2011, kebetulan jatuh pada harilahir ayah.

Hanya doa dan bacaan surah2 dpt kami hulurkan. Masih ingat lagi kenangan hidup bersama arwah dahulu, even 10tahun arwah bertugas di luar daerah. Namun, setiap hari suaranya kami dengar di corong telefon kerana setiap hari mak akan menanyakan khabar kami…arwah mak mmg seorang yang garang, namun, sedikit perasaan benci atau rimas tiada di hati kami.

Mak mertua selalu berpesan, apabila seseorang itu meninggal dunia, hanya 3 perkara yang akan dibawa di alam barunya nanti:-

i. Ibadahnya selama kehidupannya..,

ii. Amal jariahnya…dan

iii. Doa anak-anaknya yang soleh & solehah

Ya.., mmg aku rindukan arwah..teramat sgt…sejak kebelakangan ini pun selalu termimpikan arwah…dan di dalam mimpi itu, tiada sepatah kata pun keluar daripada mulutnya…hanya senyuman manis buat aku..senyuman yang takkan pernah kulupakan…

Semoga Allah menerima doa-doa dan surah-surah bacaan kami kepada arwah…dan ditempatkan di kalangan org yang bertaqwa…InsyaAllah…

Dalam memuat turun lagu di bawah ini, aku terjumpa video lagu Kau Pergi nyanyian Aizat…xoriginal tp drama Autumn in My Heart adalah satu-satunya drama Korea kegemaran arwah…

p/s : Sayangilah org di sekeliling anda sementara mereka masih ada…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Kau pergi jua…."

  1. aaja luna Says:
    January 17, 2012 at 6:46 PM

    i miss your mom too :(.even though x dpt kenal rapat dgn arwah mak ko,tp jasa baik arwah mase aku blaja sama2 dgn ko kat matriks dulu takkan aku lupekan sampai bile2.that's why aku terkilan sgt x dapat jumpe arwah buat kali terakhir.Insya Allah aku akan sentiasa menghadiahkan Al-fatihah kepada arwah.semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.Amin.

    *Autumn in My Heart is actually my first favorite korean drama dan lagu Kau Pergi Jua pun mmg favorite aku jgk :)

  2. 2Ns says:
    January 18, 2012 at 8:22 AM

    Thank you Jar....al-fatihah juge buat arwah nenek ko...