Selagi Ada....(Cinta)

"Telah kulakukan semuanya kasih...telah kukorbankan segalanya,
Namun ku sendiri tak mengerti..,apa yg engkau fikirkan...apa yg engkau inginkan"


Demikianlah bait-bait lagu cinta yang pernah dipopularkan oleh Ning Baizura satu masa dahulu. Pedih...perit bagi seorang isteri apabila cintanya diuji sebegitu kuat sekali. Apatah lagi setelah segalanya dikorbankan untuk mengecap bahagia bersama suami tercinta.

Ya, seminggu yg lalu saya ada coretkan tentang tanggungjawab seorang isteri untuk menghormati suaminya dan begitulah juga yg dihrpkan oleh seorang isteri kepada suaminya agar dirinya dihargai dan dihormati. Pada saya, seorang isteri itu tidak pernah menghalang suaminya untuk berkwn dgn mana-mana perempuan andai mereka tahu batas-batasnya.

Ini dah kalau mula2 tu mmg la kwn, lepas tu mtk tlg...mtk advice...dan nak share hal rumahtangga dia dgn suami kite ape kes kan??? Di mana kesetiaannya pon xtahula. Bukankah seorang perempuan tu harus menjaga maruahnya dan maruah rumahtangganya? Bukankah berdosa utk menceritakan hal dlm kain kamu kpd seorang lelaki lain yg bkn muhrimnya?

Sang lelaki apa lagi, mestilah suka mengambil kesempatan dan peluang yg terbuka luas utk bercerita lebih lanjut,kan? Tak ke sedih, hancur hati isterinya bile dpt tahu ttg perkara ini? Apatah lagi kalau perempuan tersebut dikenali oleh isteri sang lelaki itu? Luaran konon berpura-pura, berlakon seolah2 tidak rapat antara satu sama lain. Walhal!!!! Hmmmm..,entahla nak kata apa pun xtahula.

Saya berkongsi di sini bkn kerana pengalaman, bukan kerana marahkan lelaki yg dianggap semuanya sama je..,bukan kerana menceritakan keaiban org lain. Saya bercerita kerana ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan lelaki/wanita di luar sana. Ingatlah..,"sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua ia berpijak".

Bagi yang pernah mengalami situasi ini, bersabarlah...kuatkan semangat dan jgn sesekali mengaku kalah. Ingatlah kepada Tuhan yang Maha Esa.

Tapi kalau jadi lagi...korang nyanyi lagu neh!!!
 
 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Selagi Ada....(Cinta)"

  1. Iz Yahya says:
    October 6, 2011 at 10:45 AM

    aku pun rasa lelaki atau perempuan yang dah ada pasangan ni, tak payah la nak ada best friend atau baik hati sangat nak jadi kaunselor untuk kawan yang berlainan jantina. Jaga je hubungan sendiri. Macam kau cakap haritu la, sendiri punya marriage dah ada masalah, tak payah nak rosakkan marriage orang lain pulak. Baik la dia pergi mintak nasihat kat Pejabat Agama dari mintak n asihat kat suami/isteri orang lain

  2. DeMonG says:
    October 6, 2011 at 11:01 AM

    hai..salam perkenalan..hehe..

    biaselaa, manusia ni kdg2 kalo bcerita lupa batas2 nya..abis seme menda nk d kongsi..x salah nk bkongsi kalo sesama gender..tp kalo blainan gender ni bahaya sket..tkut simpati btukar jdik kasih plak..