PRU-13


"Jalankanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia!!"

Tanggal 5 Mei 2013 (Ahad), akan berlangsungnya satu lagi detik bermakna di dalam sejarah Malaysia di mana Malaysia akan menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-13 atau ringkasnya, PRU-13.

Sesungguhnya ia juga merupakan sejarah juga buat diri ini di mana buat pertama kalinya aku akan pergi mengundi. Sebelum ini, dah mendaftar tapi tak pernah pun mengundi. Hehe....Yelah, masa tu belum matang and x tahu apa-apa sangat pasal demam PRU ni kan.

But, this time InsyaAllah akan keluar mengundi. So, korang semua yang berkesempatan dan berkemampuan tu pergilah mengundi. Sekarang ni kaedah mengundi lebih ketat. Semalam tgk berita, katenye diorang akan calit dakwat kekal kat atas kuku kita. Dakwat tu seminggu jugakla nak hilang. Tapi, takpe, ulamak dah mengesahkan bahawa ianya halal dan xmenjejaskan solat kita.

Rasanya PRU kali ni memang agak sengit dengan perang bendera nya lah, ceramah sana sini, video itu ini. Habis semua keluar. Namun, jgn biarkan ketaksuban kita dlm politik menyebabkan kita lupa akan nilai-nilai modal insan, sikap saling hormat-menghormati. Ya, memang kecanggihan teknologi masa kini mengakibatkan ramai yg mengambil kesempatan dan menyalahgunakannya.

Last but not least, sedikit kata-kata drp aku yg xdelah tinggi mana ilmu sejarah ni tapi pd pendapat aku, pilihlah parti yg anda rasa layak dan mampu membangunkan negara kita tanpa menjejaskan mana-mana kaum dan ingatlah....UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!!! Hehehe....As salam....Selamat Mengundi & Selamat Bercuti!!!
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PEREMPUAN & MINYAK WANGI


8 April 2013 (Isnin)


Wahhhh!! Lama sungguh rasanya tidak berblog. Dah bersawang blog ni. Rasanya inilah first entry aku untuk tahun 2013. Yela, sibuk aje katenye. Daaaa...tiba-tiba terlintas untuk menulis sesuatu dan ya, nak mengomel ttg perihal kecantikan wanita. Dimulakan hari ini dengan kisah Perempuan & Minyak Wangi.


Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah.


Namun begitu, janganlah melampaui batas sehingga menyebabkan kaum Adam di luar sana terhidu-hidu bau anda. Pernah satu waktu dulu ada seorang teman sepejabat suka memakai wangi-wangian sehingga kan lepas lunch hour confirm akan sembur minyak wangi. But, sometimes x perlu tunggu lunch hour pun, sedar je bau minyak wangi dah kureng, terus disembur nya. Lemas hidung ni.


Kenapa ya agaknya bila kita sebut ttg minyak wangi, selalunya dikaitkan dgn perempuan. Ya, mmg ramai jgk lelaki di luar sana yg suka pakai minyak wangi tp kalau kita tgk lelaki kat luar sana mmg kalau nk bg birthday present utk gf/wife mesti perfume antara yang ada dlm senarai teratas. Betul x?


Mengakui diri ini pun sangat sukakan perfume dan suka sgt tgk perempuan yg wangi2. Siapa xsuka,kan? Lelaki wangi apatah lagi. Opps.....hanya suami sendiri. hehe...


Namun, ada juga perempuan yg tak sukakan perfume tapi since dari zaman sekolah lg cikgu selalu ingatkan bila kita didatangi period, kenalah menjaga kebersihan diri terutamanya bau-bauan.


Sesetengah perempuan ambil mudah ttg benda-benda macam ni. Takkan bergaya atas bawah, pakai heels, peplum, handbag Gucci, naik kereta Honda bagai tp busuk???OMG!!! Haruslah pengsan kan. Kena jugak tanya teman-teman rapat kita sebenarnya, selama kita berkwn ade x bau2 yg kurang menyenangkan. X boleh malu sgt sbb biarlah malu sekarang drp malu ditegur bf/husband depa besok2. ;-)


Nak tau pasal perfume lagi atau nk bagi pendapat? Rajin2la tinggalkan komen anda. Ciao!!


p/s: “A woman who doesn't wear perfume has no future.” - Coco Chanel






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SALAM MAAL HIJRAH 1434 = 1 MUHARRAM

Assalamualaikum wrh wbt.,

Sedar x sedar kita sudah sampai ke Tahun Baharu dalam kalendar Islam....

Saya ada baca beberapa artikel tentang Maal Hijrah dan di sini saya ingin berkongsi satu artikel ni yang dipetik daripada web iluvislam...

Marilah kita sama-sama hayatinya... =)


Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MUHASABAH DIRI

11 Julai 2012 - Rabu

Assalamualaikum wrh wbt.,

Segala puji bagi Allah Tuhan yg telah menciptakan sekalian alam ini. Semoga rakan-rakan pembaca berada dlm keadaan sihat walafiat hendak-Nya. Agak lama x update blog ni. Tapi, kali ni insyaAllah akan cuba update at least seminggu sekali. Hehe...

Diam xdiam, tak lama lg umat Islam akan berada dlm bulan Ramadhan…cptnye masa berlalu. Semoga kita mampu merasai nikmat Ramadhan kali ini dan menjalaninya dgn lbh baik drp yg sebelumnya. InsyaAllah...

Oleh itu, sebelum Ramadhan bakal tiba, banyaklah jabatan2 dan pejabat2 nk buat seminar, bengkel, kursus, dinner, Family Day…haish!! macam2 lagi lah xtvt nye. Dan, jabatan kitorg x terlepas jgk lah daripada menjalankan salah satu daripada xtvt tersebut. Oleh itu, pd 22 - 24 Jun 2012, kami telah mengadakan 1 Bengkel Pemantapan Organisasi di Hotel The Zone, JB. Jauh wei perjalanannye. Hampir 6 jam gitew….Phew!!!

Sebahagian drp ahli jabatan menaiki bas dan selebihnya naik kenderaan sendiri. Dlm bas, kami xboring sgt sbb ade je staf2 yg klakor & suke berlawak apetah lg kitorg mmg suke main teka-teki…Saje je kan..nak buat mak stress menjwb teka-teki korg..huk!!! Antara yg paling lucu ialah "Binatang apakah yg bertukar warna?"Hoh!!! Apekah puye soklan teka-teki daaaa…..ape2 pon jwpnnye kelaaaaasss gitew..Hahahahahahhaaaaa

ok..dah2…sbnrnye motif bengkel diadakan adalah utk pemantapan individu itu sendiri demi kepentingan jabatan jgk. Nak dijadikan cerita, adelah 1 slot bernama Muhasabah Diri ms bengkel tu. SLot pertama plak tu. Caranya, setiap org diberikan kertas utk tulis beberapa perkara mengenai rakan sepejabat masing2 dan sblm itu, bos besar sempat berpesan agar setiap individu mestilah bersikap positif & terbuka kerana tujuan utamanya adalah utk peningkatan kualiti diri dan muhasabah diri.

Tapi, sekiranya ada jgk individu yg xboleh terima kritikan pihak lain, terpulanglah. Hak masing2, kan? Cuma, peringatan utk diri sendiri la ni…xsemua org sukakan kita, dan jgn pikir apa yg kita buat semuanya betul & x de mengguris perasaan org lain. Sekiranya ingin maju dan berjaya, perkara pertama yg mesti kita buat adalah berfikiran POSITIF & TERBUKA.

Sekian, sekadar pandangan sahaja. Oklah, jom layan pic2 kami yg gilos2 mase bengkel tu….. ;-)

196214 433157353382903 1430449055 n

178704 433153656716606 1654583727 o482494 433152350050070 1624212889 n  1178704 433153660049939 305940764 o  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Women & Football - Last episode

5 Julai 2012 - Khamis

Assalamualaikum wbt., hari ini merupakan hari Nisfu Sya'ban. Semua ternanti2 mlm yg penuh keberkatan ini selain dari malam LailatulQadar. Selain dari mengingati mlm yg hebat ini, sbg umat Islam kite seharusnya byk melakukan ibadah dan berdoa kpd Allah SWT yakni Tuhan sekalian alam. Tp, sebetulnya jgnlah kita hanya melakukan ibadah semata2 sempena Nisfu sya'ban ni. Ibadah tersebut haruslah secara berterusan.

Tak lama lagi pula dh nk masuk bulan Ramadhan. semoga kita semua masih berkesempatan menikmati bulan yg penuh kemuliaan itu. Baiklah, berbalik kpd tajuk entry sy ni, sukalah kiranya sy ni nak menamatkan kisah bolasepak yg mana agaknya korg pon dh nyampah nk bace kot. Yelar, yg minat tu oklah. tp yg xbrape minat tu, mesti bengang jer…hehehehe ;-)

Tanggal 2 Julai 2012 berakhirlah musim UEFA Euro Championship 2012 dan pemenangnya sptmana semua dh tahu, Spain. Ianya merupakan 1 sejarah yg sy xdpt lupakan di mana Spain merupakan negara pertama yg mengekalkan piala Euro dan pertama kali jgk memenangi piala 3 kali berturut2 utk Euro2008, FIFA World Cup2010, dan Euro2012 ini. Kemenangan Spain ke atas Italy 4-0 sgt2 mengejutkan aku sbnrnye. Dlm masa yg sama, aku sedih la jgk kan sbb Italy pon my favorite team especially ms zaman Alex Del Piero dlu…huhu

Apa yg ingin aku kongsikan kt sini ialah ttg semangat kesukanan yg ditunjukkan oleh Spain dan juga teknikal skill ataupun taktik jurulatihnye yg tdk menurunkan barisan penyerang pada permainan tersebut. Kalo ade pon, Torres masuk tu pon dh minit ke hujung2 dah.

Secara ringkasnya di sini, pada aku la..kan. Dalam mana-mana tugas/tanggungjawab/kerja, siapa-siapa pun kena sentiasa bersedia dan ada kemahiran krn kesemuanya memainkan peranan. Kerja multitasking sgt digalakkan bg menambah pengetahuan. Wahhhh!!! Dah mcm belog ape je kan..

Kepada Spain, tahniah diucapkan walaupun zaman Raul Gonzalez telah berlalu. Sob..sob.. Kepada Italy, semoga lbh bersemangat di ms akan2 datang. 

Ok..dah. tu jer. Malas dah nak upload gambor…layan jer Highlights Euro 2012 kat Astro korang…wakakaka!!!! 

p/s: This week SUKMA day start. Jom ramai2 pita support atlet2 Malaysia di Pahang…Moh let… ;-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Women & Footbal - Part 2

Jumaat - 29 Jun 2012

Salam Jumaat buat pembaca blog saya yang setia. Pejam celik pejam celik, dah hampir setengah tahun kita berada dalam tahun 2012 ini. Macamana dengan azam 2012 anda?mesti ade yg dh tercapai & masih cuba mencapainya. Xpe, yg penting usaha kene ada. InsyAllah…pasti berjaya!! wahlauweh…!!!! kelaaas gitu kata2 nasihat. Hehe

Baiklah, utk mengelakkan diri terpesong jauh, saya akan mulakan episod ke-2 ttg post yg saya letakkan pada awal bulan aritu. Gile lah! hampir sebulan dah post tu rupenye. Terok btol aku. Tapi, dgn adanya laptop sendiri ni, saya akan cuba mengupdate belog saya sekerap yg mungkin.

Haritu, sy mulakan kesah "Wanita & Bolasepak" dgn footballer pertama yg saya suke. Kali ni, sy akan cerita mcm mana sy dh jadi cm fanatik giler dgn dunia bolasepak ni. Kesahnye terjadi pd satu malam ni, sy tgkla Buletin Utama kt TV3.pastu masa slot berita sukan tu mata saya terpikat kpd seorang footballer team Real Madrid. Malam tu, kol 12 saya tgkla siaran ulangan permainan antara real Madrid & Rosenborg. RM menang 1-0 jer..tp yg penting Raul score. Sorila, sy cuba jgk nk letak video kt blog ni susah nk jumpe dh videonya…

Then, dtg opis sembang2 dgn Hajar…sejak itula bermulanya minat i pada si Raul Gonzalez Blaco, Real Madrid star and dah score hampir 300 gol sejak bersama RM. Hebak!! Nak dijadikan cerita lagi, masa UEFA Champions League 1999/2000 tu, RM menang..3-0 xsilapnye..dan sekali lg Raul menyumbangkan gol.

Kalau nak diceritakan mmg byk and pjg giler la. Tapi, since 2000 minat Raul and Real Madrid & Spain sehingga kini. Even Raul dh x mewakili Spain, aku ttp menyokong Spain. :-)

Begitulah kisah aku yg meminati Raul. Dari zaman sekolah aku akan kumpul artikel2 dlm suratkhabar/majalah yg ade kena-mengena dgn Raul/RM/Spain. Pastu, aku kerat2 and simpan dlm fail bola aku…aku sanggup beli majalah berharga RM21 semata-mata nak baca 3 pages citer psl Raul. Haha…gila x gile..

Now, Euro 2012. Sedar x sedar dah hampir 12 tahun aku meminati Spain. Chewahhhh!!! si Iker Casillas tu dari umur dia 19 thn jadi GK utama Spain sampai skrg dh umur 31thn masih bergelar GK pertama Spain. Syabas!!!

Baiklah, selesai sudah kesah "Women & Football - Part 2". Nanti dlm episod terakhir aku akan ceritakan psl pemain Italy yg aku minat plak. Siapa ek? Kita tunggu & lihat. Ape2 pon…Selamat Maju Jaya buat Spain & Italy untuk Final Euro 2012. Anda membanggakan saya!!!!

To Mr. Raul Gonzalez Blanco yg dah beranak 5 tu, all the best & Happy Belated Birthday on 27th June yg lepas… Ciao! :-)

Raul0511

p/s: Sorry tak leh nk copy video kt post ni sbb windows live writer xterpakai utk Mac…hmmm kene cari alternative lain.. Sengalism!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Women & Football?–Part I

4 Jun 2012 – Isnin

Salam…,

Saya kira minggu ini menjadi 1 minggu yang sgt menarik kepada cik abg, adik, ayah dan kepada sesiapa sahaja yg meminati sukan bolasepak. Rasanya majoriti manusia kt dunia ni minatkan bolasepak. Kalau xminat sekalipun, mesti akan minat jgk dgn musim2 Piala Dunia, Piala Eropah, COPA America ke…kan?

Sukan bolasepak antara sukan yg sangat diminati oleh seluruh dunia baik lelaki mahupun perempuan. Kecil, besar, tua, muda. Semuanya suka…wahhh!!! dah mcm iklan Coca Cola plak rasenye.

Ya…., suatu masa dahulu diri ini juga sangat sangat sangat sangat (hah!!amik kau! byk btol sgt tu….) meminati sukan ini. Mesti ada yg xpercaya,kan?kan?Yelah, perempuan, bukannye suka tgk game bola. Tapi, sukakan pemain2nya yg mmg the hottest lah katekan. Hehehehe….

Actually, bebaru ni bersembang dgn husband psl bola la. Memandangkan Euro2012 yang akan bersepak mula pd 8 jun 2012 nanti. Wahhhh!! 2,3 hari je lagi. Superexcited!! So, siapakah pilihan anda? For me, since dolu2 lg mmg akan pilih Spain, Italy, France & Holland….oh, ya. ade kesah di sebalik semua ini.

Masa bersembang dgn husband tu, i pon story lah kt dia cmne i bleh minat dgn sukan bolasepak ni. Padahalnye husband xtanye pon. tp biasela, pompuan kan mane reti nk stop kalo dh berckp tu. Mesti ade je benda yg nk dibualkan. Sekecik2 benda sampailah jadi besar. hahahahhaaaa…

Well, zaman sekolah rendah dlu i sgt minat kat brother ni ----> Tadaaaaa…

dennis1

Ya….Dennis Bergkamp…from Arsenal / Holland…giler minat die ni dlu. Padahal xhensem mane. Rambut xbrape nk ade, tua (padahal seme minat Beckham amse ni) tp itulah…cinta itu buta…wakakakkaaa…tp gaye dia atas padang best tu. Tp, kejap je la minat die ni sbb yelah, cinta boleh beralih arah…hahaha…Mase minat dia ni mmg slalu support Arsenal & Holland. Pasangan ideal dia waktu ni Marc Overmars…Best game yg i pilih waktu ni ialah World Cup 98 kot..Holland vs Argentina…menang and scorernya Overmars & Dennis la… ;-I

So, layankan detik2 indah tu di sini ----->

Masa game ni aku benci giler kt Ariel Ortega & Batistuta. Tak taulah nape hahahhaa… Tapinya, masa Holland vs Brazil & kalah penalti, aku bencikan seluruh warga Brazil…

p/s: Ape2 pon semoga Holland maju jaya especially bile dpt penalti sbb selalunya tewas kan??? Oklah…selesai Part 1. Nantikan Part 2 plak ek…bile i menemui “cinta baru” dlm bolasepak…. :-)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS